Home / Berita / BERITA UTAMA / INVESTIGASI / TAG / TNI / Uncategorized

Senin, 8 April 2024 - 21:26 WIB

DATO’ MOHD AZMAN UCAP SELAMAT TINGGAL SELEPAS 38 TAHUN DALAM PASUKAN

SELAMAT TINGGAL SELEPAS 38 TAHUN DALAM PASUKAN

SELAMAT TINGGAL SELEPAS 38 TAHUN DALAM PASUKAN

 

Kuala Lumpur, Sindoraya.com 8 April 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas 38 tahun berkhidmat sebagai Pegawai Kanan Polis.

Dato’ Mohd Azman secara rasmi bakal menjalani persaraan wajib pada 9 April 2024.

Beliau yang merupakan anak kelahiran negeri Perak, mula memasuki perkhidmatan awam dengan menceburi bidang kepolisan pada 5 Januari 1986 sebagai Inspektor Percubaan. Selepas menamatkan latihan kepolisan, beliau mengorak langkah kerjaya dalam pelbagai jabatan termasuk Cawangan Khas, Jabatan Pengurusan dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran berkaitan skop tugas yang diamanahkan.

Antara jawatan penting yang pernah beliau sandang ialah Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-undang JSJ Bukit Aman, Timbalan Pengarah Forensik/Databank DNA/Perancangan Strategik JSJ Bukit Aman dan Pesuruhjaya Polis Sarawak sebelum memegang portfolio Pengarah JSPT atas kecemerlangan kepimpinan yang dipamerkan sepanjang perkhidmatan.

Bagi menggantikan sementara jawatan beliau sebelum pelantikan Pengarah JSPT baharu, Majlis Serah Terima Tugas telah berlangsung pagi tadi di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini dengan disaksikan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain, di antara Dato’ Mohd Azman dan pemangku, Timbalan Pengarah I (Penguatkuasaan/Kawalan Lalulintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Nasri Omar.

Baca Selengkapnya  Berikan Materi Peraturan Baris Berbaris Personel Kodim 1009/Tanah Laut Kunjungi Madrasah Ibtidaiyah Negeri 2 Tanah Laut

Majlis tersebut dimulakan dengan upacara menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas, dengan disusuli penyerahan tongkat kuasa.

Berlangsung sama, penyerahan tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSPT oleh Datin Nassariah Mohd Nassir yang diterima pemangkunya, Datin Hamidah Hashim sambil disaksikan Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman.

Tan Sri Razarudin dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada Dato’ Mohd Azman atas beberapa transformasi dan penambahbaikan proses kerja yang berjaya dilaksanakan dalam tempoh lima bulan beliau menduduki kerusi nombor satu JSPT itu.

Jelas Tan Sri Razarudin, inisiatif Dato’ Mohd Azman dalam mentransformasi Bilik Gerakan Trafik kepada Federal Traffic Control Center (FTCC) bagi memudahkan sebarang isu berkaitan aliran lalu lintas di seluruh negara dan menjadikannya sebagai pusat menyalurkan laporan-laporan menarik perhatian kepada Malaysia Control Center (MCC) ternyata salah satu usaha yang baik bagi memantapkan lagi Hala Tuju JSPT menjelang tahun 2030.

“Beliau juga berjaya memantapkan saluran pembayaran saman trafik melalui Mobile Computerized On-Line Payment System (MCOPS) yang memudahkan orang ramai untuk membuat pembayaran di lapangan atau lokasi operasi melalui kaedah ‘Tap to Pay’ (cashless),” ujar beliau.

Baca Selengkapnya  Dandim 1208/Sambas Hadiri Vicon Rapat Koordinasi TNI Manunggal Membangun Desa ( TMMD ) TA. 2024 Dan Lomba Karya Jurnalistik

“Mewakili Kerajaan Malaysia serta barisan kepimpinan tertinggi Pasukan, saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ atas segala jasa dan khidmat yang telah dicurahkan selama 38 tahun bersama Pasukan keramat ini. Kini tibalah masa kami untuk memulangkan kembali Dato’ kepada keluarga tercinta,” ujar beliau lagi.

Sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti selama ini, Dato’ Mohd Azman bersama Datin Nassariah bakal diraikan petang ini dalam satu majlis paluan berundur di PULAPOL Kuala Lumpur, yang turut dihadiri Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin serta barisan Pengarah PDRM dan pasangan masing-masing.

Hadir sama, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan, Ketua Polis KL , CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, barisan Timbalan Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah PDRM, pegawai-pegawai kanan serta ahli-ahli PERKEP.

Selamat bersara buat Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri dan Datin Nassariah Mohd Nassir. Jasamu akan kami kenang.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri dan PDRM RMP TV

Share :

Baca Juga

Berita

Tugas Sebagai Kehormatan Prajurit Yonko 461 Gagalkan Pengiriman Minuman Keras Menuju Oksibil

Berita

Kodim 1009/Tanah Laut Menerima Kunjungan Kerja Tim Wasev Korem 101/Antasari

Berita

Prajurit Brigif 2 Marinir Laksanakan Halal Bihalal

Berita

Babinsa Koramil 1612-07/Satar Mese Beraksi Melawan Stunting di Desa Iteng

Berita

Bhabinkamtibmas Food Estate Berikan Himbauan Kamtibmas Pada Warga Binaannya

Berita

Babinsa Koramil 1612-02/Komodo Hadiri Acara Demo Simulasi Fire Safety di Labuan Bajo

Berita

BKKBN JATIM SUSUN STRATEGI CAPAIAN QUICK WIN KEMENDUKBANGGA

Berita

Jum’at Berkah, Personil Satgas Yonif 611/Awang Long Berbagi Makanan Kepada Warga Distrik Tembagapura